Benda ini, yang mereka lakukan ini, bukanlah benda yang boleh dilakukan dengan semangat.
Mungkin sahaja kita sekarang boleh berkata: “Ana kalau boleh, hajat juga nak ikut” Kita boleh kata kerana kita sekarang tidak mengikuti mereka. Bagaimana jika kita sekarang berada di atas kapal bersama mereka?
Saya yakin kita tidak setenang yang kita sangka.
Benar..!!
Bila aku melihat ke dalam diriku..berfikir dengan sedalam2nya..nyata aku masih jauh dari Syurga Allah.. Sedangkan ada sesetengah sahabatku yang agak terkeluar dari jalan-Nya dan aku tidak mampu berkata apa..hanya mampu berdoa supaya Allah memberikannya Hidayah-Nya..Sedangkan selemah-lemah iman seseorang itu adalah hanya mampu berdoa bila melihat umat Islam melakukan kesalahan..
Maka..layakkah aku untuk Syurga-Nya?? betapa aku masih jauh dari-Nya..betapa aku masih berada di dunia kekhilafan..betapa aku masih perlu menuntut ilmu..betapa ilmu yang ada padaku sekarang umpama sebesar zarah dengan besarnya bumi..atau lebih kecil dari saiz zarah itu.. Astaghfirullahal'azim..sudah cukup lama aku terleka dengan tipudaya syaitan yang dilaknat..sesungguhnya tipudaya syaitan itu amatlah halus..Nauzubillahminzalik..
Benar kata Hilal Asyraf tentang hendak berjihad di jalan Allah ni tidak cukup hanya setakat semangat..Yurp..semangatku mungkin kuat tetapi imanku belum cukup kuat..dan benar, aku amat cemburu dengan mereka2 yang terpilih untuk mengikuti konvoi LL4Gaza ni..

.jpg)
0 comments:
Post a Comment