"Kepada sesiapa yg pernah ku sakiti hatinya.."-Mahdia Muhamed..

"Kepada sesiapa yg pernah ku sakiti hatinya.."-Mahdia Muhamed..

Pages

RSS

Tuesday, July 27, 2010

Im Not Alone..


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..

Hari ini adalah hari nisfu Syaaban..15 Syaaban 1431hijrah..
Dan hari ini aku diselamatkan oleh seorang lelaki yang tidak dikenali namanya dan asalnya..hmm..ceritanya gini..;

Pagi ni dalam sekitar jam 9:00am aku g kuar jalan2 menaiki motorsikal kepunyaan abg iparku, Zolkeply..aku g jalan2 sekitar istana..dalam perjalanan area istana 2, tetiba aku rasa macam something wrong with my sweater..so, aku berhenti tepi jalan..kononnya nak tutup sikit apa yang terbuka..hihi..terbuka bukan nampak badan ea tapi terbuka disebabkan angin..kan ke kalau kena angin, pasti nampak bentuk badan kita so, aku nak tutup sikit la..supaya x nampak sangat bentuk badan aku masa bawa motor 2..

Tetiba..! enjin motor ni termati sendiri..dah, siap la aku pasni..aku mula risau..sebabnya jika enjin dia ni termati sendiri gerenti la payah sangatttttttttt nak menghidupkannya lagi..lau bole diberi CPR xpa la kan..ok lagi 2..tapi malangnya x bole la plak..waaaaaa...

Aku cuba stat juga walau aku yakin 99% xkan hidup punya la..
tret..tret..tret..nah..! kan aku dah cakap tadi..memang xkan hidup punya..tapi aku cuba juga la sampai tapak tangan aku merah2 n lebam..kaki pula sengal tahap giga..aduh..nak merungut, x bole juga..bukankah aku sendiri yang sibuk2 nak jalan2 menaiki motor lapuk ni..*opppssii..maaf abg ipar..2 bukan menghina tapi memuji..cute apa motor lapuk ni kn..hihi..*..dah 2 aku sendiri yang gatal2 nak berhenti tadi kn..haaahh..ambik kau..dia xnak hidup dh..

setelah hampir setengah jam aku dok sibuk nak bagi hidup motor ni, ditambah lagi semua orang yang melintasi tempatku, hanya pandang jek..ada juga yang kata "hai cik adik..motor rosak ke..hihihi..." ishh..nyampahnya mendengar..nasib baik mereka x berhenti singgah kalau x, siap la mereka 2 aku belasah ngn ilmu taekwandoku yang sikit ni..*mana kn sikit kalau dah belajar separuh jalan..hihihi*

akhirnya aku mula berputus asa..aku mula mengira berapa jauh tempat aku terkandas ni dengan rumah akak ku..setelah dicampur tolak bahagi ditimbang2..agak2 lebih kurang 3KM..aduyaiiii..abeh la berpeluh ketiak aku macam ni..haha..sempat lagi aku tergelak sorang2 di tepi motor yg koma ni..ish2..pokus maya pokus.. bila aku fikir lagi, x sanggup la aku nak tolak motor ni sampai rumah..naya aku lau naik bukit tempat aku lalu tadi 2..badan yg memang slim ni makin slim la nampaknya nanti..whooaa..x bole jadi ni..so aku kumpulkan kudratku untuk cuba membangunkan motor yg dah koma ni..stat punya stat, masih juga x memberi respon..aku hampa..

Sekali lagi aku duduk di tepi motor sambil2 membelek2 motor 2..ntah apa2 yg aku belek..langsung aku x tau apa nama organ2 motor ni..aduyaiiii.. satu sj cara yg tinggal aku  belum buat..doa..!! ya doa kepada Allah..maka dengan rasa mengharap aku membaca ayat Kursi dengan harapan Allah SubhanahuWaTaala akan membantu..aku bertawakal saja denganNYA..

selepas 2 aku kembali mencuba menghidupkan jantung motor ni..tapi tetap macam tadi..dalam aku mula tengah mencuba2 2, ada seorang hamba Allah yang menaiki motor juga melintas tempat aku 'parking baik punya'..aku lihat dia memperlahankan motornya dan menoleh ke arah ku..aku lihat melalui cermin dan telinga saja..x la sampai menoleh ke arah hamba Allah 2..malu whooaa..

kemudian hamba Allah itu menghampiri aku yg dok tengah cuba menstat enjin motor ni..dia berhenti sebelah aku dan bertanya, "xcident ke?" 
"eh, tak.." aku jawab..
"nape?" dia tanya lagi..
"x tau..tetiba je enjin mati"

pas2 dia parking motor dia depan motor 'aku'..aku menjauh sedikit dari motor 'aku'..untuk memberi laluan kepada lelaki tersebut untuk cuba menghidupkan motor 'aku' yg tengah koma ni..
"guna starter tak"?
"hah..? tak tau" aku dengan muka blurrrrr aku..

dia terus naik motor 2 n cuba stat..dia cuba beberapa kali tp x bole hidup gak..pas2 dia kata, "xde minyak kot"..dia buka tempat 'darah' motor ni tersimpan..pas2 dia tutup balik..aku tau mesti dia tengok minyak ada lagi..aku tau la sebab aku dah cek sebelum kuar tadi..

Pas2 dia cuba stat lagi..2 3 kali pas2 Alhamdulillah..misi berjaya..hoyea2..

lelaki 2 tersenyum bila melihat aku..aku senyum sambil mengucapkan terima kasih..aku senyum lagi..senyum kerana akhirnya Allah kabulkan doaku..Alhamdulillah..sebelum lelaki tadi beredar, aku hadiahkan lagi senyuman tanda terima kasih yg amat sangat kerana sudah menolongku..dia juga ku lihat tersenyum..akhirnya lelaki tadi pergi meninggalkanku dengan muka yang berseri2..hihihi..

eh..eh..eh..terlupa la nak tanya nama lelaki tadi..aduh.. macam mana aku nak mendoakan untuk kebaikannya nanti..hmm..xpa2 Allah Maha Mengetahui bukan..aku akan tetap mendoakan untuk lelaki tadi..insyaAllah..Semoga Allah memberkati hidup lelaki tersebut..Amiin Ya Allah..

begitulah alkesah ku di pagi 15 syaaban ni..moga2 aku tidak menghadapi lagi situasi yang akan menyusahkan orang lain..Amiin..

Pengajaran : Jangan menggunakan harta orang tanpa izin..insyaAllah..dan Allah sentiasa ada walau macamana sekalipun keadaan kita..Alhamdulillah..

Mahdia binti Muhamed,
kuala kangsar, perak..
^_^_^_^_^_^


Wednesday, July 21, 2010


pernah hati ini terguris
dengan fitnah dan tohmahan menghiris
sehingga terasa diri ini hina
kerna tiada siapa yang sudi membela

ku tabahkan hatiku harungi hidup
biarpun tiada siapa yang menemani
keseorangan aku di laluan sepi
ditinggalkan mereka yang ku percayai

namun ku tahu ada hikmahnya
setiap segala yang menimpa diri
kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang Berkuasa jua Mencipta
kerana Engkau Maha Mengetahui
segala apa yang terbuku dihati

Ya Allah tidak ku terdaya lagi
menahan dugaan yang mencabar ini
terasa bagai noktah telah ku temui
mengakhiri segala yang telah ku mulai

Ya Allah Engkau lindungilah aku
bekalkanlah daku dengan limpahan iman
agar tabah ku menghadapi dugaan
agar tidak ku berhenti di pertengahan

kini disini aku berdiri
bersama harapan yang tulus suci
agar terbitlah mentari pagi
setelah malamku berkalut benci

Friday, July 2, 2010

Boleh tak berkawan lelaki dan perempuan??

Satu petang saya diaju soalan ini oleh seorang sahabat saya.

"Boleh ke lelaki dan perempuan berkawan?"

Terkejut juga apabila disoal dan diminta pandangan tentang ini (sebab saya mana pandai). Tapi jawab jugalah (sebab dia minta pendapat bukan jawapan). Justeru, ini pandangan saya, seorang insan yang masih belum mengerti banyak perkara.

Pertamanya, saya suka kalau tahu maksud kawan itu sendiri. Di bawah adalah jawapan/respon dari beberapa orang 'kawan' saya.

Apakah maksud 'kawan'?

Dr.Syafaah : Kawan tu kawan la.

Cikgu Dina : Apa-apalah.

Hayati : Seseorang yg sentiasa di hati..sentiasa disebut dalam doanya, sentiasa mengharap yang terbaik untuk teman, dan yang membuat kita tersenyum di bibir serta di hati...

Izzati : Salam. Pada pandangan saya, kawan itu ialah insan yang hadir dalam hidup seseorang tu. Yang mana adakala seseorang tu sedar atau tak, ada insan dalam hidup dia. Bagi saya, kawan ini lebih kepada seseorang yang gemar membantu dalam susah senang, terima kelebihan dan kekurangan kawan, dan sentiasa betulkan dan tegur kesalahannnya. Tapi kadang-kadang yang banyak membantu ada yang tak tau menjaga hati kawannya dan ada jugak yang bertopeng.

Sakinah : Mengikut kamus Sakeenah, kawan bermaksud sesiapa yang kita kenal dan dia kenal kita selain keluarga.

Afifah : Kawan tu up sikit la dari kenalan. Kita kenal orang tu, orang tu pun kenal kita dan kita buat sesuatu bersama dengannya. Contoh, kalau kita belajar sama-sama dengannya dalam kelas, kita panggil kawan sekelas. Kalau kita main sama-sama dengannya, kita panggil kawan sepermainan.

Yang sebenarnya...

Yang sebenarnya, tafsiran-tafsiran tentang maksud kawan ini tidaklah begitu penting. Tak kisahlah apa pun gelaran yang diberikan sama ada kenalan, kawan, teman, sahabat atau sodiq/sodiqah sekalipun, itu bukan satu masalah. Yang menjadi masalah ialah apa yang diisi dalam persahabatan atau 'perkawanan' itu (antara lelaki dan perempuan ajnabi). Sama juga macam bercouple, pada saya bercouple itu tak salah, yang salah ialah apa yang diisi dalam per'couple'an itu. Bergayut di telefon, mesej tak habis-habis, keluar shopping sama-sama, pegang-pegang sentuh-sentuh, mestilah salah sebab kamu berdua tu belum berkahwin!

Firman Allah yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu amat keji dan jalan yang amat jahat" (al-Israk(17) : 32)

Bagi memendekkan pandangan saya;

Cuba kira, berapa ramai kapel-kapel sekarang ni yang mulanya hanya kawan?
Berapa ramai kapel-kapel yang dah terlanjur (zina dan sebagainya) bermula sebagai kawan? Banyak kan?
Oleh itu tidaklah melampau kalau saya katakan 'berkawan' antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram juga menghampiri zina (kalau tidak menjaga batasnya).

Cukuplah berkawan sekadar perlu. Cukuplah bercakap atau mesej sekadar menyampaikan sesuatu seperti khabarkan homework atau assignment yang perlu dibuat (kalau memang tugas anda untuk mengkhabarkannya - ketua kelas, class represantative).

Tak perlulah nak kongsi-kongsi masalah, tak perlu caring-caring sangat....'Kawan' anda ada teman sejantinanya untuk berkongsi segala perkara. Jangan bagi peluang kepada syaitan untuk mencucuk jarumnya.

Kembali kepada niat...

"Saya ikhlas nak berkawan dengan kamu," kata seorang pemuda kepada seorang pemudi.

Betul ke? Sangat diragui...

Maksud Hadith: dari Abu Umamah r.h katanya: "Seseorang lelaki telah datang menemui Rasulullah s.a.w dan berkata, "Bagaimanakah pendapatmu mengenai seorang yang keluar di jalan Allah SWT semata-mata kerana mencari upah dan supaya terkenal, Apakah yang diperolehi oleh orang itu?" Rasulullah s.a.w bersabda: "Dia tidak mendapat apa-apa." Rasulullah s.a.w. mengulanginya hingga tiga kali dan kemudian berkata: "Sesungguhnya Allah SWT AzzawaJalla tidak akan menerima amalan melainkan yang dilakukan dengan ikhlas, semata-mata untuk mencari (kesukaan) keredhaanNya" ( HR An-Nasai.)

Adakah pemuda ini nak berkawan dengan pemudi ini kerana hendak mencari redha Allah? Fikirlah sendiri...fikir juga apa agaknya akan terjadi kalau si pemudi itu setuju untuk berkawan dengan si pemuda yang tidak dikenalinya (hanya kenal melalui telefon)...

Ada sesetengah orang katanya boleh 'berkawan untuk berdakwah'. Al-kisah, Boy ingin mendalami Islam, maka Boy pun minta bantuan Girl (berpendidikan agama yang baik) yang dikenali untuk mengajarnya (melalui mesej-mesej, tazkirah dan sebagainya)... Ada orang kata baik, boleh sebab nak dakwah, boleh didik Boy jadi baik. TETAPI....
Bukankah lebih baik Girl ini mencari seorang kenalan/kawan yang diyakini agamanya (kawan sekelas contohnya atau ustaz-ustaz) dan sejantina dengan Boy ini untuk membantunya mendalami Islam?

Niat memang baik, tapi caranya belum tentu..Kalau ada cara yang lebih baik, kenapa tidak dipilih cara yang lebih baik itu?

Kesimpulan saya, seelok-eloknya jauhilah perhubungan anatara lelaki dan perempuan (melainkan apabila perlu sahaja). Perkara yang perlu pun harus dijaga (bersangkutan persatuan, kelas, urus niaga atau sebagainya), tak perlu ada hehe.. huhu.. haha.. dalam mesej-mesej anda kepada kawan/kenalan anda yang berlainan jantina.

Ini sekadar pandangan saya. Terpulang kepada anda untuk menilainya bagaimana.

sumber : Aq Hamba [sahabat facebook]