"Kepada sesiapa yg pernah ku sakiti hatinya.."-Mahdia Muhamed..

"Kepada sesiapa yg pernah ku sakiti hatinya.."-Mahdia Muhamed..

Pages

RSS

Friday, June 4, 2010

Di Balik Kejadian 17 Jamadilakhir 1431 *31 mei 2010*

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..Syukur..syukur..syukur ke hadrat Ilahi di atas PeringatanNya kepada kita yang gerenti semakin jauh dariNya sebelum terjadinya kejadian LL4Gaza pada 17 Jamadilakhir 1431 bersamaan dengan 31 Mei 2010..

Betapa Pemurahnya Allah SubhanahuWaTaala kepada kita..Maha Suci Allah..
Apakah kita sedar bahawasanya betapa besarnya hikmah di balik kejadian LL4Gaza tersebut.. Kalian perasan tak betapa ramainya manusia baru terjaga, tersedar, terngadah selepas kejadian itu..?? betapa ramainya umat Islam malah ada yang bukan Islam mula memandang serius atas kezaliman israel bersama konco-konconya..

Walhal sebelum ni mereka bagaikan manusia yang buta lagi pekak..mereka langsung tidak terkesan bila mengetahui kezaliman yang israel lakukan terhadap penduduk palestin..*sungguh terkilan bilamana dunia baru tersedar bilamana yang manjadi mangsa kezaliman israel itu bukan rakyat palestin..*

Yurp..itulah dia sebab kenapa Allah mengizinkan LL4Gaza wujud dan kemudian diserang oleh israel.. Lihatlah..lihatlah kesannya sekarang.. betapa dunia mula membuka mata dan bertindak ke atas kezaliman yang israel telah lakukan ke atas palestin selama lebih 50 tahun.. betapa kita alpa sebelum ini..betapa sombongnya kita dengan kedamaian negara kita selama ini..betapa lalainya kita terhadap saudara kita yang dizalimi..

Dan akhirnya kita diberi Peringatan dari Allah SubhanahuWaTaala..Syukur Alhamdulillah.. Allah Taala masih menyayangi kita.. Maka janganlah kita masih jadi si 'buta lagi pekak' lepas ni.. Marilah kita sama-sama menegakkan agama yang syumul ini.. jangan lagi biarkan diri kita diselubungi misteri... eh..eh..silap..bukan diselubungi misteri la tapi diselubungi kegelapan.. *ish2..*

Jom sama-sama mengucapkan..
Allahuakbar..!! 3x
Lailahaillallah..!! 3x
Muhammadurrasulullah..!! 3x..

Tuesday, June 1, 2010

:: Sungguh Aku Masih Jauh..


Benar..Aku terasa amat kerdil dan tidak layak untuk mengatakan "aku teringin ikut konvoi LL4Gaza".. Aku belum layak untuk berkata demikian.. Kenapa aku kata kau tidak layak?? cuba baca ni http://ms.langitilahi.com/motivasi-cemburu-dengan-mereka/#more-2627..-antara hujah2 Hilal Asyraf ini ada beberapa ayat ni yang buat hati dan akalku tersentap..;

Benda ini, yang mereka lakukan ini, bukanlah benda yang boleh dilakukan dengan semangat.
Mungkin sahaja kita sekarang boleh berkata: “Ana kalau boleh, hajat juga nak ikut” Kita boleh kata kerana kita sekarang tidak mengikuti mereka. Bagaimana jika kita sekarang berada di atas kapal bersama mereka?
Saya yakin kita tidak setenang yang kita sangka.

Benar..!!
Bila aku melihat ke dalam diriku..berfikir dengan sedalam2nya..nyata aku masih jauh dari Syurga Allah.. Sedangkan ada sesetengah sahabatku yang agak terkeluar dari jalan-Nya dan aku tidak mampu berkata apa..hanya mampu berdoa supaya Allah memberikannya Hidayah-Nya..Sedangkan selemah-lemah iman seseorang itu adalah hanya mampu berdoa bila melihat umat Islam melakukan kesalahan..
Maka..layakkah aku untuk Syurga-Nya?? betapa aku masih jauh dari-Nya..betapa aku masih berada di dunia kekhilafan..betapa aku masih perlu menuntut ilmu..betapa ilmu yang ada padaku sekarang umpama sebesar zarah dengan besarnya bumi..atau lebih kecil dari saiz zarah itu.. Astaghfirullahal'azim..sudah cukup lama aku terleka dengan tipudaya syaitan yang dilaknat..sesungguhnya tipudaya syaitan itu amatlah halus..Nauzubillahminzalik..

Benar kata Hilal Asyraf tentang hendak berjihad di jalan Allah ni tidak cukup hanya setakat semangat..Yurp..semangatku mungkin kuat tetapi imanku belum cukup kuat..dan benar, aku amat cemburu dengan mereka2 yang terpilih untuk mengikuti konvoi LL4Gaza ni..