"Kepada sesiapa yg pernah ku sakiti hatinya.."-Mahdia Muhamed..

"Kepada sesiapa yg pernah ku sakiti hatinya.."-Mahdia Muhamed..

Pages

RSS

Saturday, December 15, 2012

Sedarlah Wahai Gadis *Dia Belum Milikmu Yang Sah*


Astaghfirullahalazim..
3x ucapan ini bergema di hatiku bila ku mendapat tahu ada seorang perempuan telah cemburu terhadapku..walau x penah kenal apatah lagi bertentangan mata..Apa sebab dia cemburu tu pun aku tak tahu..yang pasti cemburu dia tu berkaitan dengan lelaki..MasyaAllah..

Kenapa hal ni boleh terjadi.. Sepatutnya dia cemburu bila atas sebab yang baik..contohnya kerana ilmu agama orang tu tinggi ke, dia punya akhlak yang baik ke, dia suka hal kebajikan ke..ni tak, dia cemburu kerana seorang 'lelaki'..dan yang pastinya 'lelaki' tersebut belum jadi haknya..*suaminya yang sah*..Aku sedih bilamana ada dari kaumku sendiri yang berasa cemburu atas sebab yang tidak munasabah..TIDAK MUNASABAH LANGSUNG..!!

Wahai 'gadis'..usahlah kau berasa cemburu atas sebab yang tidak bermanfaat itu.. kenapa kau biarkan dirimu tertipu dengan tipudaya syaitan yang dilaknat Allah SWT itu..??



Teringin aku mengenalimu..bukan untuk komplen atau merungut dengan sikap kebudak-budakanmu itu..tapi aku ingin menarikmu dari genggaman syaitan yang membisikkan api cemburu yang tidak berasas itu terhadap ku..malah terhadap sesiapa yang kau cenburukan kerana 'lelaki' itu..

Tidak sedarkah kau yang hatimu itu sudah bukan hatimu lagi..
Tidak sedarkah bahawa hatimu mengatasi akalmu..
Tidak sedarkah kau 'cemburu' itu sikapnya syaitan..
Apakah kau ingin mengikutinya..??

Sedarlah..sedarlah..sedarlah..
Sesungguhnya pergaulan yang melampaui batas di antara perempuan dengan lelaki itu diikuti 'dosa'..
Sesungguhnya aku dengan 'lelaki' itu tiada kena mengena dengan persoalan perasaan yang kau sangkakan itu..janganlah kau menimbulkan fitnah dengan hanya memandang perbualan kami di alam maya tersebut..itu hanyalah sekadar perbualan seorang muslim dengan seorang muslim yang lain..

Adakah kau melihat kemesraan kami??
Adakah kau melihat kami berkasih sayang??

Tidak bukan..jadi kenapa harus kau berasa cemburu??
Jangan kau berikan ku jawapan yang kau terasa TERGUGAT dengan kehadiranku di dalam hidupnya..
Jika itu jawapanmu, maka kau tergolong di dalam perempuan dewasa yang bersikap kebudak-budakan dan berfikiran sempit...



Tuesday, November 27, 2012

hujan itu is warming

Bismillahirahhamanirrahim..
Selawat serta sejahtera ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallahualaihiwasalam serta keluarga Baginda dan Sahabat-sahabat Baginda Sallahualaihiwasalam..


Hujan..
Dulu aku suka sangat main hujan..masa kecik-kecik la..
Dan lama juga aku dah tak mandi hujan bermain dengan kawan-kawan, sepupu aku yang sebaya..
Entah sejak bila aku sensitif bila kena hujan..kena setitis dua pun aku akan demam..
Tapi kalau aku cepat-cepat basahkan kepala aku dengan air paip walaupun sekadar seperti mengambil wudhuk..
Dengan izin Allah SWT, aku tak demam..Alhamdulillah..

Tahun ni aku ada sebuah kenangan yang cukup penuh rasa..
Sedih ada, kecewa ada, gembira ada, teruja ada, takut ada..
Semua ada la kut..
Ianya berlaku lapan ke sembilan bulan lepas sekitar bulan Februari atau Mac #kalau tak salah ingat laa..
Masa tu dah tengah malam dan hujan masa tu kira sederhana lebat..
Aku tak boleh nak tulis keseluruhan cerita sebab ini kisah ni terlalu mendalam maknanya bagi saya..
Yang pastinya sejak kejadian tu, aku mula percaya masih wujud lelaki yang bertanggungjawab,jujur,amanah,setia dan yang paling penting is tidak semua lelaki yang dikuasai oleh nafsu..
Sebab tu la juga dia satu-satunya manusia yang aku taruh kepercayaanku 500%..

Syukur Alhamdulillah Allah mengurniakan aku seorang sahabat sebaik itu..
Apatah lagi ketika itu aku ditimpa dengan fitnah, gosip dan cerita-cerita yang mengarut sehingga kawan-kawanku serta keluargaku membelakangiku..
Sekurang-kurangnya ada seorang yang setia berada di sisi ketika aku berada dalam kesusahan.

Semoga Allah Merahmati hidup sahabatku itu serta keluarga dan orang yang disayanginya..Aamiin..


Monday, August 20, 2012

:: raya di kampung vs raya di perantauan

Assalamm..

1 Syawal 1434 bersamaan dengan 19 Ogos 2012 ( ahad )..

Selama aku hidup sampai sekarang aku tak penah missed beraya di kampung halaman ku, bersama keluargaku.. tapi tahun ni..aku tekad untuk beraya di perantauan..bukan kerana tak sayang keluarga tetapi aku ingin merasa beraya di perantauan..sekurang2nya aku merasa..

Namun, raya tahun ni benar2 membuat aku rasa teruk sebab di pagi raya pertama aku dah berselisih faham dengan orang tersayang..bukan teman lelaki ok, lagipun aku xda teman lelaki..aku berimpian nak bercinta dengan lelaki yang dah sah jadi suamiku..insyaAllah..amin..oh ya, tentang orang tersayang tadi tu, aku malas nak sebut di sini siapa..takut nanti timbul fitnah ataupun cerita lain lagi.. untuk makluman kalian semua, warga kampung aku tu kebanyakannya punya bakat jadi wartawan..cuma xda rezeki nak bekerja sebagai wartawan di media massa atau elektronik jak..

entah..aku langsung takda rasa meriahnya raya taun ni..mungkin sebab aku kurang amalan di bulan ramadhan yg mulia itu..bulan yang Allah sembunyikan hadiah2 istimewaNya untuk kita umat Nabi Muhammad saw.. pertama aku tak sempat khatamkan al Quran..kecewanya aku.. kedua, aku beraya di tempat orang..tempat yang amat asing bagi aku..dan ketiga aku jauh dengan bondaku..aku tak sibuk membuat kek corak yang dah jadi tugasku tiap2 tahun sejak 2007..biasanya di tengah2 malam seminggu lagi nak raya, dapur rumah bondaku di kampung pasti bising dengan bunyi mixer, bau kek tapi tahun ni bondaku cakap xda lagi dah..bondaku hanya beli semua kek2 untuk raya ni.. kesian bondaku..ampunkan anakmu yang banyak menyusahkanmu ini bonda..maafkan anakmu ini..

antara raya di kampung dangan raya di perantauan, sudah tentulah raya di kampung lagi meriah.. sebabnya di sini, di tempat ku meraikan raya tahun ni caranya menyambut hari lebaran ni berbeza..antaranya, disini menghidangkan air panas seperti teh, kopi dan ada juga yang mnghidangkan air sirap..kalau di tempatku, kami menghidangkan air berkarbonat..menarik memang menarik cuma aku belum biasa.. lagi satu di sini tetamu/rakan2 perlu dipanggil/di jemput baru mereka datang beraya ke rumah tapi kalau di kampungku setiap hari is rumah terbuka..orang yang tak dikenali pun dialu2kan datang beraya..mula2 aku tau tu, aku hairan juga sebab apalah erti raya bagi mereka disini kalau perlu dijemput baru nak datang beraya..

akhirnya aku membuat kesimpulan, lain tempat lain caranya..seperti juga manusia..lain orang lain ragamnya..lain citarasanya..lain cara pemikirannya..Wallahualam..

Selamat menyambut hari raya aidilfitri kepada yang membaca ceritaku yang ntah apa2 ni..
Taqabbalallahuminnaa wa minkum..semoga Allah menerima amalan kami dan kamu..Aamin..

Tuesday, August 14, 2012

:: kucing pakai spek

Assalaaaaaamualaikum..



















penah jumpa kucing yang pakai spek tak..aku penah..tu kat atas tu..namanya chemonk..aku bagi nama sebab ia serupa macam kucing aku yang betul2 tapi dah mati dah..pasni aku nak cari kucing macam singa pulak..macam kucing si AB aka incikkazak tu..comel teramat la kucing dia tu..rasa nak kidnap jak..hihihi..siap sedia wahai incikkazak..

aduyaiii..aku xda benda nak tulis sebenarnya, saja nak latih jari2 ni kembali pantas menaip seperti dulu..sejak 2 tahun lepas aku jarang dah sentuh keyboard nih..almaklum la lagi belajar dan diam di asrama..baru tahun ni aku mula nak sentuh pak keyboard ni lagi..hihihi..nasib korang la sebab baca penulisan aku yang ntah apa2 ni..

jaga diri jaga iman..selamat berpuasa dan selamat hari raya aidilfitri..maaf zahir dan batin..