"Kepada sesiapa yg pernah ku sakiti hatinya.."-Mahdia Muhamed..

"Kepada sesiapa yg pernah ku sakiti hatinya.."-Mahdia Muhamed..

Pages

RSS

Wednesday, May 26, 2010

Mana Maruah Dan Martabat Orang Melayu?!

     Maruah.. Seringkali kita mendengar sesiapa tak kira berapa umur mereka mengatakan bahawa maruah itu penting..maruah apa? Maruah diri, maruah keluarga, maruah agama, maruah bangsa.. Tapi apa yang mereka lakukan terhadap maruah yang kononnya mereka 'jaga' itu??

     Ya.. Mungkin mereka hanya menjaga maruah diri dan keluarga, tapi mana perginya maruah bangsa dan agama kita yakni melayu dan Islam?? Apa yang paling ketara sekali  ialah dunia hiburan *pelakon, penyanyi, pengarah* dalam dunia hiburan tiada makna maruah itu bilamana mereka-mereka ini telah melanggar peraturan yang ditetapkan dalam Islam..SECARA TERANG-TERANGAN..
  
     Dimanakah malu mereka?? Apa mereka sudah tiada rasa malu sampai sanggup mendedahkan mana-mana tubuh badan yang AMAT DIKETAHUI adalah AURAT.. mereka ini tidak ubah seperti mereka-mereka yang bukan Islam/kafir.. Atau mungkin boleh dikategorikan sebagai golongan munafik.. Tahu tapi buat-buat seperti orang yang tidak mengetahui apa-apa.. Rugi..Rugi..Rugi..

     Yang lebih menyedihkan ialah sesetengah mereka itu ada yang berkelakuan baik.. Perangai baik, sopan santun, pandai menjaga hati orang sekeliling, tidak biadap, hormat orang tua lebih-lebih lagi ibubapanya dan sebagainya.. Tapi kenapa tidak ikut perintah Allah SWT dengan baik?? Alangkah ruginya.. mempunyai akhlak yang baik tapi melakukan maksiat atau 'dosa kilat'.. Apa sudah jadi??
*pergaulan bebas dengan yang bukan muhrim, bersentuhan dengan yang bukan muhrim[contohnya pelakon : sewenang-wenangnya berpelukan, berpegangan tangan, ada yang ekstrem tu sampai sanggup berlakon di katil..]*

     Anak siapakah mereka-mereka ini??

  

    

    

0 comments:

Post a Comment