Assalamm..
1 Syawal 1434 bersamaan dengan 19 Ogos 2012 ( ahad )..
Selama aku hidup sampai sekarang aku tak penah missed beraya di kampung halaman ku, bersama keluargaku.. tapi tahun ni..aku tekad untuk beraya di perantauan..bukan kerana tak sayang keluarga tetapi aku ingin merasa beraya di perantauan..sekurang2nya aku merasa..
Namun, raya tahun ni benar2 membuat aku rasa teruk sebab di pagi raya pertama aku dah berselisih faham dengan orang tersayang..bukan teman lelaki ok, lagipun aku xda teman lelaki..aku berimpian nak bercinta dengan lelaki yang dah sah jadi suamiku..insyaAllah..amin..oh ya, tentang orang tersayang tadi tu, aku malas nak sebut di sini siapa..takut nanti timbul fitnah ataupun cerita lain lagi.. untuk makluman kalian semua, warga kampung aku tu kebanyakannya punya bakat jadi wartawan..cuma xda rezeki nak bekerja sebagai wartawan di media massa atau elektronik jak..
entah..aku langsung takda rasa meriahnya raya taun ni..mungkin sebab aku kurang amalan di bulan ramadhan yg mulia itu..bulan yang Allah sembunyikan hadiah2 istimewaNya untuk kita umat Nabi Muhammad saw.. pertama aku tak sempat khatamkan al Quran..kecewanya aku.. kedua, aku beraya di tempat orang..tempat yang amat asing bagi aku..dan ketiga aku jauh dengan bondaku..aku tak sibuk membuat kek corak yang dah jadi tugasku tiap2 tahun sejak 2007..biasanya di tengah2 malam seminggu lagi nak raya, dapur rumah bondaku di kampung pasti bising dengan bunyi mixer, bau kek tapi tahun ni bondaku cakap xda lagi dah..bondaku hanya beli semua kek2 untuk raya ni.. kesian bondaku..ampunkan anakmu yang banyak menyusahkanmu ini bonda..maafkan anakmu ini..
antara raya di kampung dangan raya di perantauan, sudah tentulah raya di kampung lagi meriah.. sebabnya di sini, di tempat ku meraikan raya tahun ni caranya menyambut hari lebaran ni berbeza..antaranya, disini menghidangkan air panas seperti teh, kopi dan ada juga yang mnghidangkan air sirap..kalau di tempatku, kami menghidangkan air berkarbonat..menarik memang menarik cuma aku belum biasa.. lagi satu di sini tetamu/rakan2 perlu dipanggil/di jemput baru mereka datang beraya ke rumah tapi kalau di kampungku setiap hari is rumah terbuka..orang yang tak dikenali pun dialu2kan datang beraya..mula2 aku tau tu, aku hairan juga sebab apalah erti raya bagi mereka disini kalau perlu dijemput baru nak datang beraya..
akhirnya aku membuat kesimpulan, lain tempat lain caranya..seperti juga manusia..lain orang lain ragamnya..lain citarasanya..lain cara pemikirannya..Wallahualam..
Selamat menyambut hari raya aidilfitri kepada yang membaca ceritaku yang ntah apa2 ni..
Taqabbalallahuminnaa wa minkum..semoga Allah menerima amalan kami dan kamu..Aamin..
Monday, August 20, 2012
Tuesday, August 14, 2012
:: kucing pakai spek
Assalaaaaaamualaikum..
penah jumpa kucing yang pakai spek tak..aku penah..tu kat atas tu..namanya chemonk..aku bagi nama sebab ia serupa macam kucing aku yang betul2 tapi dah mati dah..pasni aku nak cari kucing macam singa pulak..macam kucing si AB aka incikkazak tu..comel teramat la kucing dia tu..rasa nak kidnap jak..hihihi..siap sedia wahai incikkazak..
aduyaiii..aku xda benda nak tulis sebenarnya, saja nak latih jari2 ni kembali pantas menaip seperti dulu..sejak 2 tahun lepas aku jarang dah sentuh keyboard nih..almaklum la lagi belajar dan diam di asrama..baru tahun ni aku mula nak sentuh pak keyboard ni lagi..hihihi..nasib korang la sebab baca penulisan aku yang ntah apa2 ni..
jaga diri jaga iman..selamat berpuasa dan selamat hari raya aidilfitri..maaf zahir dan batin..

Labels:
Taman hilang idea
Location:
J182, 86900 Endau, Johor, Malaysia