Astaghfirullahalazim..
3x ucapan ini bergema di hatiku bila ku mendapat tahu ada seorang perempuan telah cemburu terhadapku..walau x penah kenal apatah lagi bertentangan mata..Apa sebab dia cemburu tu pun aku tak tahu..yang pasti cemburu dia tu berkaitan dengan lelaki..MasyaAllah..
Kenapa hal ni boleh terjadi.. Sepatutnya dia cemburu bila atas sebab yang baik..contohnya kerana ilmu agama orang tu tinggi ke, dia punya akhlak yang baik ke, dia suka hal kebajikan ke..ni tak, dia cemburu kerana seorang 'lelaki'..dan yang pastinya 'lelaki' tersebut belum jadi haknya..*suaminya yang sah*..Aku sedih bilamana ada dari kaumku sendiri yang berasa cemburu atas sebab yang tidak munasabah..TIDAK MUNASABAH LANGSUNG..!!
Wahai 'gadis'..usahlah kau berasa cemburu atas sebab yang tidak bermanfaat itu.. kenapa kau biarkan dirimu tertipu dengan tipudaya syaitan yang dilaknat Allah SWT itu..??
Teringin aku mengenalimu..bukan untuk komplen atau merungut dengan sikap kebudak-budakanmu itu..tapi aku ingin menarikmu dari genggaman syaitan yang membisikkan api cemburu yang tidak berasas itu terhadap ku..malah terhadap sesiapa yang kau cenburukan kerana 'lelaki' itu..
Tidak sedarkah kau yang hatimu itu sudah bukan hatimu lagi..
Tidak sedarkah bahawa hatimu mengatasi akalmu..
Tidak sedarkah kau 'cemburu' itu sikapnya syaitan..
Apakah kau ingin mengikutinya..??
Sedarlah..sedarlah..sedarlah..
Sesungguhnya pergaulan yang melampaui batas di antara perempuan dengan lelaki itu diikuti 'dosa'..
Sesungguhnya aku dengan 'lelaki' itu tiada kena mengena dengan persoalan perasaan yang kau sangkakan itu..janganlah kau menimbulkan fitnah dengan hanya memandang perbualan kami di alam maya tersebut..itu hanyalah sekadar perbualan seorang muslim dengan seorang muslim yang lain..
Adakah kau melihat kemesraan kami??
Adakah kau melihat kami berkasih sayang??
Tidak bukan..jadi kenapa harus kau berasa cemburu??
Jangan kau berikan ku jawapan yang kau terasa TERGUGAT dengan kehadiranku di dalam hidupnya..


0 comments:
Post a Comment