"Kepada sesiapa yg pernah ku sakiti hatinya.."-Mahdia Muhamed..

"Kepada sesiapa yg pernah ku sakiti hatinya.."-Mahdia Muhamed..

Pages

RSS

Tuesday, February 26, 2013

Saturday, December 15, 2012

Sedarlah Wahai Gadis *Dia Belum Milikmu Yang Sah*


Astaghfirullahalazim..
3x ucapan ini bergema di hatiku bila ku mendapat tahu ada seorang perempuan telah cemburu terhadapku..walau x penah kenal apatah lagi bertentangan mata..Apa sebab dia cemburu tu pun aku tak tahu..yang pasti cemburu dia tu berkaitan dengan lelaki..MasyaAllah..

Kenapa hal ni boleh terjadi.. Sepatutnya dia cemburu bila atas sebab yang baik..contohnya kerana ilmu agama orang tu tinggi ke, dia punya akhlak yang baik ke, dia suka hal kebajikan ke..ni tak, dia cemburu kerana seorang 'lelaki'..dan yang pastinya 'lelaki' tersebut belum jadi haknya..*suaminya yang sah*..Aku sedih bilamana ada dari kaumku sendiri yang berasa cemburu atas sebab yang tidak munasabah..TIDAK MUNASABAH LANGSUNG..!!

Wahai 'gadis'..usahlah kau berasa cemburu atas sebab yang tidak bermanfaat itu.. kenapa kau biarkan dirimu tertipu dengan tipudaya syaitan yang dilaknat Allah SWT itu..??



Teringin aku mengenalimu..bukan untuk komplen atau merungut dengan sikap kebudak-budakanmu itu..tapi aku ingin menarikmu dari genggaman syaitan yang membisikkan api cemburu yang tidak berasas itu terhadap ku..malah terhadap sesiapa yang kau cenburukan kerana 'lelaki' itu..

Tidak sedarkah kau yang hatimu itu sudah bukan hatimu lagi..
Tidak sedarkah bahawa hatimu mengatasi akalmu..
Tidak sedarkah kau 'cemburu' itu sikapnya syaitan..
Apakah kau ingin mengikutinya..??

Sedarlah..sedarlah..sedarlah..
Sesungguhnya pergaulan yang melampaui batas di antara perempuan dengan lelaki itu diikuti 'dosa'..
Sesungguhnya aku dengan 'lelaki' itu tiada kena mengena dengan persoalan perasaan yang kau sangkakan itu..janganlah kau menimbulkan fitnah dengan hanya memandang perbualan kami di alam maya tersebut..itu hanyalah sekadar perbualan seorang muslim dengan seorang muslim yang lain..

Adakah kau melihat kemesraan kami??
Adakah kau melihat kami berkasih sayang??

Tidak bukan..jadi kenapa harus kau berasa cemburu??
Jangan kau berikan ku jawapan yang kau terasa TERGUGAT dengan kehadiranku di dalam hidupnya..
Jika itu jawapanmu, maka kau tergolong di dalam perempuan dewasa yang bersikap kebudak-budakan dan berfikiran sempit...



Tuesday, November 27, 2012

hujan itu is warming

Bismillahirahhamanirrahim..
Selawat serta sejahtera ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallahualaihiwasalam serta keluarga Baginda dan Sahabat-sahabat Baginda Sallahualaihiwasalam..


Hujan..
Dulu aku suka sangat main hujan..masa kecik-kecik la..
Dan lama juga aku dah tak mandi hujan bermain dengan kawan-kawan, sepupu aku yang sebaya..
Entah sejak bila aku sensitif bila kena hujan..kena setitis dua pun aku akan demam..
Tapi kalau aku cepat-cepat basahkan kepala aku dengan air paip walaupun sekadar seperti mengambil wudhuk..
Dengan izin Allah SWT, aku tak demam..Alhamdulillah..

Tahun ni aku ada sebuah kenangan yang cukup penuh rasa..
Sedih ada, kecewa ada, gembira ada, teruja ada, takut ada..
Semua ada la kut..
Ianya berlaku lapan ke sembilan bulan lepas sekitar bulan Februari atau Mac #kalau tak salah ingat laa..
Masa tu dah tengah malam dan hujan masa tu kira sederhana lebat..
Aku tak boleh nak tulis keseluruhan cerita sebab ini kisah ni terlalu mendalam maknanya bagi saya..
Yang pastinya sejak kejadian tu, aku mula percaya masih wujud lelaki yang bertanggungjawab,jujur,amanah,setia dan yang paling penting is tidak semua lelaki yang dikuasai oleh nafsu..
Sebab tu la juga dia satu-satunya manusia yang aku taruh kepercayaanku 500%..

Syukur Alhamdulillah Allah mengurniakan aku seorang sahabat sebaik itu..
Apatah lagi ketika itu aku ditimpa dengan fitnah, gosip dan cerita-cerita yang mengarut sehingga kawan-kawanku serta keluargaku membelakangiku..
Sekurang-kurangnya ada seorang yang setia berada di sisi ketika aku berada dalam kesusahan.

Semoga Allah Merahmati hidup sahabatku itu serta keluarga dan orang yang disayanginya..Aamiin..


Monday, August 20, 2012

:: raya di kampung vs raya di perantauan

Assalamm..

1 Syawal 1434 bersamaan dengan 19 Ogos 2012 ( ahad )..

Selama aku hidup sampai sekarang aku tak penah missed beraya di kampung halaman ku, bersama keluargaku.. tapi tahun ni..aku tekad untuk beraya di perantauan..bukan kerana tak sayang keluarga tetapi aku ingin merasa beraya di perantauan..sekurang2nya aku merasa..

Namun, raya tahun ni benar2 membuat aku rasa teruk sebab di pagi raya pertama aku dah berselisih faham dengan orang tersayang..bukan teman lelaki ok, lagipun aku xda teman lelaki..aku berimpian nak bercinta dengan lelaki yang dah sah jadi suamiku..insyaAllah..amin..oh ya, tentang orang tersayang tadi tu, aku malas nak sebut di sini siapa..takut nanti timbul fitnah ataupun cerita lain lagi.. untuk makluman kalian semua, warga kampung aku tu kebanyakannya punya bakat jadi wartawan..cuma xda rezeki nak bekerja sebagai wartawan di media massa atau elektronik jak..

entah..aku langsung takda rasa meriahnya raya taun ni..mungkin sebab aku kurang amalan di bulan ramadhan yg mulia itu..bulan yang Allah sembunyikan hadiah2 istimewaNya untuk kita umat Nabi Muhammad saw.. pertama aku tak sempat khatamkan al Quran..kecewanya aku.. kedua, aku beraya di tempat orang..tempat yang amat asing bagi aku..dan ketiga aku jauh dengan bondaku..aku tak sibuk membuat kek corak yang dah jadi tugasku tiap2 tahun sejak 2007..biasanya di tengah2 malam seminggu lagi nak raya, dapur rumah bondaku di kampung pasti bising dengan bunyi mixer, bau kek tapi tahun ni bondaku cakap xda lagi dah..bondaku hanya beli semua kek2 untuk raya ni.. kesian bondaku..ampunkan anakmu yang banyak menyusahkanmu ini bonda..maafkan anakmu ini..

antara raya di kampung dangan raya di perantauan, sudah tentulah raya di kampung lagi meriah.. sebabnya di sini, di tempat ku meraikan raya tahun ni caranya menyambut hari lebaran ni berbeza..antaranya, disini menghidangkan air panas seperti teh, kopi dan ada juga yang mnghidangkan air sirap..kalau di tempatku, kami menghidangkan air berkarbonat..menarik memang menarik cuma aku belum biasa.. lagi satu di sini tetamu/rakan2 perlu dipanggil/di jemput baru mereka datang beraya ke rumah tapi kalau di kampungku setiap hari is rumah terbuka..orang yang tak dikenali pun dialu2kan datang beraya..mula2 aku tau tu, aku hairan juga sebab apalah erti raya bagi mereka disini kalau perlu dijemput baru nak datang beraya..

akhirnya aku membuat kesimpulan, lain tempat lain caranya..seperti juga manusia..lain orang lain ragamnya..lain citarasanya..lain cara pemikirannya..Wallahualam..

Selamat menyambut hari raya aidilfitri kepada yang membaca ceritaku yang ntah apa2 ni..
Taqabbalallahuminnaa wa minkum..semoga Allah menerima amalan kami dan kamu..Aamin..

Tuesday, August 14, 2012

:: kucing pakai spek

Assalaaaaaamualaikum..



















penah jumpa kucing yang pakai spek tak..aku penah..tu kat atas tu..namanya chemonk..aku bagi nama sebab ia serupa macam kucing aku yang betul2 tapi dah mati dah..pasni aku nak cari kucing macam singa pulak..macam kucing si AB aka incikkazak tu..comel teramat la kucing dia tu..rasa nak kidnap jak..hihihi..siap sedia wahai incikkazak..

aduyaiii..aku xda benda nak tulis sebenarnya, saja nak latih jari2 ni kembali pantas menaip seperti dulu..sejak 2 tahun lepas aku jarang dah sentuh keyboard nih..almaklum la lagi belajar dan diam di asrama..baru tahun ni aku mula nak sentuh pak keyboard ni lagi..hihihi..nasib korang la sebab baca penulisan aku yang ntah apa2 ni..

jaga diri jaga iman..selamat berpuasa dan selamat hari raya aidilfitri..maaf zahir dan batin..

Thursday, September 9, 2010

:~: Raya oo raya..

ermm..tahun ni raya tidak terasa meriahnya..sebab pertama;

1. xda baju raya..(malas nak beli dan malas nak tempah..xda mood nak berbaju baru cantek2 coz teringat mangsa2 kezaliman d palestin dan mangsa2 bencana alam d pakistan serta ingin bersederhana dan berjimat cermat demi tidak menimbulkan gosip di kalangan sepupu2 dan rakan2 yg kebanyakannya sibuk mebanding2kan baju siapa paling top dan glemer..x kuasa aku nak layan benda2 x berfaedah mcm tu..oppsss..terlebih la pulak..hik2..)

2. budget pun memang xda utk beli baju raya tahun ni..nak save kai sambung blaja x lama lg..insyaAllah..

dan..

3. adalah..rahsia..hak2..x leh gtau yg satu ni..terlalu peribadi..maaf..


bila tiba bulan kemenangan bulan syawal ini..aku pasti akan sibuk membuat kek corak yg 'wajib' aku wat setiap tahun sejak aku pandai wat kek corak ni..huhu..nak harapkan adik beradik yg lain, jgn harap..mereka semua xtau atau wat2 xtau..ntah la..yg pasti setiap tahun itu adalah kontrak aku..K.E.K..my job, my responsibility, my ntah apa lg ntah..

sooo..di dalam kesibukanku dgn tugasan ini, aku tetap layan kemalasanku jg..ermm..aku ni pemalas sebenarnya..opppss..terlebih lg daa..k la..xda apa2 lg kot nak d tulis setakat ni..sooo..time 2 logot..hihihi..c ya..take care..^_^..

Tuesday, September 7, 2010

:~: Madrasah oo madrasah..

Aku dengar orang cakap sekolah pondok ni strict tahap giga..

jadi bila dengar macam tu aku jadi was2 plak nak nuntut ilmu kat situ..bukan takut ngan caranya tapi takut aku x dapat tahan..

aku ni kira manja cket..lebih2 lagi bila jauh dari family..

lagi 1 aku ni kurang disiplin..tapi aku ni menepati masa dan senang diajar..ehem2..lau kena caranya la..

well..aku akan cuba jugak sebaik dan semampu yg boleh untuk bertahan..demi ilmu..lautan air di kolah bilik air 2 sanggup ku renangi..leu muat la badan i masuk lam kolah kecik 2..hihi..

Thursday, August 12, 2010

Dugaan di hari pertama Ramadhan


Salam Ramadhan al Mubarak Kareem..
maaf zahir dan batin..

Bismillahirahmanirrahim..
ermm..ari ni ari pertama di bulan Ramadhan dan aku melaluinya dengan kesakitan.. tekakku sakit..ada ulser di dalam then tonsil bengkak..siang tadi, eh2 nop..subuh tadi masa sahur dah perut ada rasa semacam..tekak rasa nak muntah2..nasib bek ada kurma n sup sayur..lau x, minum air jak la..tekak x dapat terima makanan pejal sejak semalam lagi..namun alhamdulillah semasa berbuka tadi dapat..syukur kerana Allah SubhanahuWaTaala mengizinkan..
^__^__^__^

Siang tadi memang mencabar kekuatan mental dan fizikal betul..bangun2 pagi jek dah tekak ni rasa perit sangat dan perut rasa semacam..nak muntah la tu..tapi alhamdulillah aku masih mampu menahannya.. alaa..tu sebelah pagi..selepas zohor, mula la terasa nak minum atau makan something coz tak tahan sangat rasa tekak perit ni..telan airliur pun macam telan pasir *wah..tau2 jek macamana rasa pasir tu kn..macam penah makan jek..hihihi*
Dan..alhamdulillah sekali lagi kerana Allah SubhanahuWaTaala mengizinkan ku untuk mampu bertahan sehingga waktu berbuka..alhamdulillah3x..

Dan Allah SubhanahuWaTaala mengizinkanku untuk ikut sembahyang terawih berjemaah di masjid*Masjid Kolej Darul Ridzuan*..walau semalam semasa nak pergi masjid tu, motor abg ipar buat hal *tak dapat stat*..lalu aku ngambil ikhtiar pergi dengan menggunakan Kurniaan Allah Maha Pemurah..itulah kakiku..aku berjalan batis*kaki* saja..masjid tu tak jauh mana pun sebenarnya..kira2 dalam 500m jek kot.. walau penat dan masih termengah2 semasa isya' tu tapi berbaloi2 kerana dapat menyertai solat berjemaah di malam pertama ramadhan..alhamdulillah3x..

Mudah2an amalan kita semua diterima Allah SubhanahuWaTaala..
Amiin Amiin Ya ArRahmanRahimin..
maaf zahir batin..

^__^__^__^__^__^


Tuesday, July 27, 2010

Im Not Alone..


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..

Hari ini adalah hari nisfu Syaaban..15 Syaaban 1431hijrah..
Dan hari ini aku diselamatkan oleh seorang lelaki yang tidak dikenali namanya dan asalnya..hmm..ceritanya gini..;

Pagi ni dalam sekitar jam 9:00am aku g kuar jalan2 menaiki motorsikal kepunyaan abg iparku, Zolkeply..aku g jalan2 sekitar istana..dalam perjalanan area istana 2, tetiba aku rasa macam something wrong with my sweater..so, aku berhenti tepi jalan..kononnya nak tutup sikit apa yang terbuka..hihi..terbuka bukan nampak badan ea tapi terbuka disebabkan angin..kan ke kalau kena angin, pasti nampak bentuk badan kita so, aku nak tutup sikit la..supaya x nampak sangat bentuk badan aku masa bawa motor 2..

Tetiba..! enjin motor ni termati sendiri..dah, siap la aku pasni..aku mula risau..sebabnya jika enjin dia ni termati sendiri gerenti la payah sangatttttttttt nak menghidupkannya lagi..lau bole diberi CPR xpa la kan..ok lagi 2..tapi malangnya x bole la plak..waaaaaa...

Aku cuba stat juga walau aku yakin 99% xkan hidup punya la..
tret..tret..tret..nah..! kan aku dah cakap tadi..memang xkan hidup punya..tapi aku cuba juga la sampai tapak tangan aku merah2 n lebam..kaki pula sengal tahap giga..aduh..nak merungut, x bole juga..bukankah aku sendiri yang sibuk2 nak jalan2 menaiki motor lapuk ni..*opppssii..maaf abg ipar..2 bukan menghina tapi memuji..cute apa motor lapuk ni kn..hihi..*..dah 2 aku sendiri yang gatal2 nak berhenti tadi kn..haaahh..ambik kau..dia xnak hidup dh..

setelah hampir setengah jam aku dok sibuk nak bagi hidup motor ni, ditambah lagi semua orang yang melintasi tempatku, hanya pandang jek..ada juga yang kata "hai cik adik..motor rosak ke..hihihi..." ishh..nyampahnya mendengar..nasib baik mereka x berhenti singgah kalau x, siap la mereka 2 aku belasah ngn ilmu taekwandoku yang sikit ni..*mana kn sikit kalau dah belajar separuh jalan..hihihi*

akhirnya aku mula berputus asa..aku mula mengira berapa jauh tempat aku terkandas ni dengan rumah akak ku..setelah dicampur tolak bahagi ditimbang2..agak2 lebih kurang 3KM..aduyaiiii..abeh la berpeluh ketiak aku macam ni..haha..sempat lagi aku tergelak sorang2 di tepi motor yg koma ni..ish2..pokus maya pokus.. bila aku fikir lagi, x sanggup la aku nak tolak motor ni sampai rumah..naya aku lau naik bukit tempat aku lalu tadi 2..badan yg memang slim ni makin slim la nampaknya nanti..whooaa..x bole jadi ni..so aku kumpulkan kudratku untuk cuba membangunkan motor yg dah koma ni..stat punya stat, masih juga x memberi respon..aku hampa..

Sekali lagi aku duduk di tepi motor sambil2 membelek2 motor 2..ntah apa2 yg aku belek..langsung aku x tau apa nama organ2 motor ni..aduyaiiii.. satu sj cara yg tinggal aku  belum buat..doa..!! ya doa kepada Allah..maka dengan rasa mengharap aku membaca ayat Kursi dengan harapan Allah SubhanahuWaTaala akan membantu..aku bertawakal saja denganNYA..

selepas 2 aku kembali mencuba menghidupkan jantung motor ni..tapi tetap macam tadi..dalam aku mula tengah mencuba2 2, ada seorang hamba Allah yang menaiki motor juga melintas tempat aku 'parking baik punya'..aku lihat dia memperlahankan motornya dan menoleh ke arah ku..aku lihat melalui cermin dan telinga saja..x la sampai menoleh ke arah hamba Allah 2..malu whooaa..

kemudian hamba Allah itu menghampiri aku yg dok tengah cuba menstat enjin motor ni..dia berhenti sebelah aku dan bertanya, "xcident ke?" 
"eh, tak.." aku jawab..
"nape?" dia tanya lagi..
"x tau..tetiba je enjin mati"

pas2 dia parking motor dia depan motor 'aku'..aku menjauh sedikit dari motor 'aku'..untuk memberi laluan kepada lelaki tersebut untuk cuba menghidupkan motor 'aku' yg tengah koma ni..
"guna starter tak"?
"hah..? tak tau" aku dengan muka blurrrrr aku..

dia terus naik motor 2 n cuba stat..dia cuba beberapa kali tp x bole hidup gak..pas2 dia kata, "xde minyak kot"..dia buka tempat 'darah' motor ni tersimpan..pas2 dia tutup balik..aku tau mesti dia tengok minyak ada lagi..aku tau la sebab aku dah cek sebelum kuar tadi..

Pas2 dia cuba stat lagi..2 3 kali pas2 Alhamdulillah..misi berjaya..hoyea2..

lelaki 2 tersenyum bila melihat aku..aku senyum sambil mengucapkan terima kasih..aku senyum lagi..senyum kerana akhirnya Allah kabulkan doaku..Alhamdulillah..sebelum lelaki tadi beredar, aku hadiahkan lagi senyuman tanda terima kasih yg amat sangat kerana sudah menolongku..dia juga ku lihat tersenyum..akhirnya lelaki tadi pergi meninggalkanku dengan muka yang berseri2..hihihi..

eh..eh..eh..terlupa la nak tanya nama lelaki tadi..aduh.. macam mana aku nak mendoakan untuk kebaikannya nanti..hmm..xpa2 Allah Maha Mengetahui bukan..aku akan tetap mendoakan untuk lelaki tadi..insyaAllah..Semoga Allah memberkati hidup lelaki tersebut..Amiin Ya Allah..

begitulah alkesah ku di pagi 15 syaaban ni..moga2 aku tidak menghadapi lagi situasi yang akan menyusahkan orang lain..Amiin..

Pengajaran : Jangan menggunakan harta orang tanpa izin..insyaAllah..dan Allah sentiasa ada walau macamana sekalipun keadaan kita..Alhamdulillah..

Mahdia binti Muhamed,
kuala kangsar, perak..
^_^_^_^_^_^


Wednesday, July 21, 2010


pernah hati ini terguris
dengan fitnah dan tohmahan menghiris
sehingga terasa diri ini hina
kerna tiada siapa yang sudi membela

ku tabahkan hatiku harungi hidup
biarpun tiada siapa yang menemani
keseorangan aku di laluan sepi
ditinggalkan mereka yang ku percayai

namun ku tahu ada hikmahnya
setiap segala yang menimpa diri
kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang Berkuasa jua Mencipta
kerana Engkau Maha Mengetahui
segala apa yang terbuku dihati

Ya Allah tidak ku terdaya lagi
menahan dugaan yang mencabar ini
terasa bagai noktah telah ku temui
mengakhiri segala yang telah ku mulai

Ya Allah Engkau lindungilah aku
bekalkanlah daku dengan limpahan iman
agar tabah ku menghadapi dugaan
agar tidak ku berhenti di pertengahan

kini disini aku berdiri
bersama harapan yang tulus suci
agar terbitlah mentari pagi
setelah malamku berkalut benci

Friday, July 2, 2010

Boleh tak berkawan lelaki dan perempuan??

Satu petang saya diaju soalan ini oleh seorang sahabat saya.

"Boleh ke lelaki dan perempuan berkawan?"

Terkejut juga apabila disoal dan diminta pandangan tentang ini (sebab saya mana pandai). Tapi jawab jugalah (sebab dia minta pendapat bukan jawapan). Justeru, ini pandangan saya, seorang insan yang masih belum mengerti banyak perkara.

Pertamanya, saya suka kalau tahu maksud kawan itu sendiri. Di bawah adalah jawapan/respon dari beberapa orang 'kawan' saya.

Apakah maksud 'kawan'?

Dr.Syafaah : Kawan tu kawan la.

Cikgu Dina : Apa-apalah.

Hayati : Seseorang yg sentiasa di hati..sentiasa disebut dalam doanya, sentiasa mengharap yang terbaik untuk teman, dan yang membuat kita tersenyum di bibir serta di hati...

Izzati : Salam. Pada pandangan saya, kawan itu ialah insan yang hadir dalam hidup seseorang tu. Yang mana adakala seseorang tu sedar atau tak, ada insan dalam hidup dia. Bagi saya, kawan ini lebih kepada seseorang yang gemar membantu dalam susah senang, terima kelebihan dan kekurangan kawan, dan sentiasa betulkan dan tegur kesalahannnya. Tapi kadang-kadang yang banyak membantu ada yang tak tau menjaga hati kawannya dan ada jugak yang bertopeng.

Sakinah : Mengikut kamus Sakeenah, kawan bermaksud sesiapa yang kita kenal dan dia kenal kita selain keluarga.

Afifah : Kawan tu up sikit la dari kenalan. Kita kenal orang tu, orang tu pun kenal kita dan kita buat sesuatu bersama dengannya. Contoh, kalau kita belajar sama-sama dengannya dalam kelas, kita panggil kawan sekelas. Kalau kita main sama-sama dengannya, kita panggil kawan sepermainan.

Yang sebenarnya...

Yang sebenarnya, tafsiran-tafsiran tentang maksud kawan ini tidaklah begitu penting. Tak kisahlah apa pun gelaran yang diberikan sama ada kenalan, kawan, teman, sahabat atau sodiq/sodiqah sekalipun, itu bukan satu masalah. Yang menjadi masalah ialah apa yang diisi dalam persahabatan atau 'perkawanan' itu (antara lelaki dan perempuan ajnabi). Sama juga macam bercouple, pada saya bercouple itu tak salah, yang salah ialah apa yang diisi dalam per'couple'an itu. Bergayut di telefon, mesej tak habis-habis, keluar shopping sama-sama, pegang-pegang sentuh-sentuh, mestilah salah sebab kamu berdua tu belum berkahwin!

Firman Allah yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu amat keji dan jalan yang amat jahat" (al-Israk(17) : 32)

Bagi memendekkan pandangan saya;

Cuba kira, berapa ramai kapel-kapel sekarang ni yang mulanya hanya kawan?
Berapa ramai kapel-kapel yang dah terlanjur (zina dan sebagainya) bermula sebagai kawan? Banyak kan?
Oleh itu tidaklah melampau kalau saya katakan 'berkawan' antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram juga menghampiri zina (kalau tidak menjaga batasnya).

Cukuplah berkawan sekadar perlu. Cukuplah bercakap atau mesej sekadar menyampaikan sesuatu seperti khabarkan homework atau assignment yang perlu dibuat (kalau memang tugas anda untuk mengkhabarkannya - ketua kelas, class represantative).

Tak perlulah nak kongsi-kongsi masalah, tak perlu caring-caring sangat....'Kawan' anda ada teman sejantinanya untuk berkongsi segala perkara. Jangan bagi peluang kepada syaitan untuk mencucuk jarumnya.

Kembali kepada niat...

"Saya ikhlas nak berkawan dengan kamu," kata seorang pemuda kepada seorang pemudi.

Betul ke? Sangat diragui...

Maksud Hadith: dari Abu Umamah r.h katanya: "Seseorang lelaki telah datang menemui Rasulullah s.a.w dan berkata, "Bagaimanakah pendapatmu mengenai seorang yang keluar di jalan Allah SWT semata-mata kerana mencari upah dan supaya terkenal, Apakah yang diperolehi oleh orang itu?" Rasulullah s.a.w bersabda: "Dia tidak mendapat apa-apa." Rasulullah s.a.w. mengulanginya hingga tiga kali dan kemudian berkata: "Sesungguhnya Allah SWT AzzawaJalla tidak akan menerima amalan melainkan yang dilakukan dengan ikhlas, semata-mata untuk mencari (kesukaan) keredhaanNya" ( HR An-Nasai.)

Adakah pemuda ini nak berkawan dengan pemudi ini kerana hendak mencari redha Allah? Fikirlah sendiri...fikir juga apa agaknya akan terjadi kalau si pemudi itu setuju untuk berkawan dengan si pemuda yang tidak dikenalinya (hanya kenal melalui telefon)...

Ada sesetengah orang katanya boleh 'berkawan untuk berdakwah'. Al-kisah, Boy ingin mendalami Islam, maka Boy pun minta bantuan Girl (berpendidikan agama yang baik) yang dikenali untuk mengajarnya (melalui mesej-mesej, tazkirah dan sebagainya)... Ada orang kata baik, boleh sebab nak dakwah, boleh didik Boy jadi baik. TETAPI....
Bukankah lebih baik Girl ini mencari seorang kenalan/kawan yang diyakini agamanya (kawan sekelas contohnya atau ustaz-ustaz) dan sejantina dengan Boy ini untuk membantunya mendalami Islam?

Niat memang baik, tapi caranya belum tentu..Kalau ada cara yang lebih baik, kenapa tidak dipilih cara yang lebih baik itu?

Kesimpulan saya, seelok-eloknya jauhilah perhubungan anatara lelaki dan perempuan (melainkan apabila perlu sahaja). Perkara yang perlu pun harus dijaga (bersangkutan persatuan, kelas, urus niaga atau sebagainya), tak perlu ada hehe.. huhu.. haha.. dalam mesej-mesej anda kepada kawan/kenalan anda yang berlainan jantina.

Ini sekadar pandangan saya. Terpulang kepada anda untuk menilainya bagaimana.

sumber : Aq Hamba [sahabat facebook]

Friday, June 4, 2010

Di Balik Kejadian 17 Jamadilakhir 1431 *31 mei 2010*

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..Syukur..syukur..syukur ke hadrat Ilahi di atas PeringatanNya kepada kita yang gerenti semakin jauh dariNya sebelum terjadinya kejadian LL4Gaza pada 17 Jamadilakhir 1431 bersamaan dengan 31 Mei 2010..

Betapa Pemurahnya Allah SubhanahuWaTaala kepada kita..Maha Suci Allah..
Apakah kita sedar bahawasanya betapa besarnya hikmah di balik kejadian LL4Gaza tersebut.. Kalian perasan tak betapa ramainya manusia baru terjaga, tersedar, terngadah selepas kejadian itu..?? betapa ramainya umat Islam malah ada yang bukan Islam mula memandang serius atas kezaliman israel bersama konco-konconya..

Walhal sebelum ni mereka bagaikan manusia yang buta lagi pekak..mereka langsung tidak terkesan bila mengetahui kezaliman yang israel lakukan terhadap penduduk palestin..*sungguh terkilan bilamana dunia baru tersedar bilamana yang manjadi mangsa kezaliman israel itu bukan rakyat palestin..*

Yurp..itulah dia sebab kenapa Allah mengizinkan LL4Gaza wujud dan kemudian diserang oleh israel.. Lihatlah..lihatlah kesannya sekarang.. betapa dunia mula membuka mata dan bertindak ke atas kezaliman yang israel telah lakukan ke atas palestin selama lebih 50 tahun.. betapa kita alpa sebelum ini..betapa sombongnya kita dengan kedamaian negara kita selama ini..betapa lalainya kita terhadap saudara kita yang dizalimi..

Dan akhirnya kita diberi Peringatan dari Allah SubhanahuWaTaala..Syukur Alhamdulillah.. Allah Taala masih menyayangi kita.. Maka janganlah kita masih jadi si 'buta lagi pekak' lepas ni.. Marilah kita sama-sama menegakkan agama yang syumul ini.. jangan lagi biarkan diri kita diselubungi misteri... eh..eh..silap..bukan diselubungi misteri la tapi diselubungi kegelapan.. *ish2..*

Jom sama-sama mengucapkan..
Allahuakbar..!! 3x
Lailahaillallah..!! 3x
Muhammadurrasulullah..!! 3x..

Tuesday, June 1, 2010

:: Sungguh Aku Masih Jauh..


Benar..Aku terasa amat kerdil dan tidak layak untuk mengatakan "aku teringin ikut konvoi LL4Gaza".. Aku belum layak untuk berkata demikian.. Kenapa aku kata kau tidak layak?? cuba baca ni http://ms.langitilahi.com/motivasi-cemburu-dengan-mereka/#more-2627..-antara hujah2 Hilal Asyraf ini ada beberapa ayat ni yang buat hati dan akalku tersentap..;

Benda ini, yang mereka lakukan ini, bukanlah benda yang boleh dilakukan dengan semangat.
Mungkin sahaja kita sekarang boleh berkata: “Ana kalau boleh, hajat juga nak ikut” Kita boleh kata kerana kita sekarang tidak mengikuti mereka. Bagaimana jika kita sekarang berada di atas kapal bersama mereka?
Saya yakin kita tidak setenang yang kita sangka.

Benar..!!
Bila aku melihat ke dalam diriku..berfikir dengan sedalam2nya..nyata aku masih jauh dari Syurga Allah.. Sedangkan ada sesetengah sahabatku yang agak terkeluar dari jalan-Nya dan aku tidak mampu berkata apa..hanya mampu berdoa supaya Allah memberikannya Hidayah-Nya..Sedangkan selemah-lemah iman seseorang itu adalah hanya mampu berdoa bila melihat umat Islam melakukan kesalahan..
Maka..layakkah aku untuk Syurga-Nya?? betapa aku masih jauh dari-Nya..betapa aku masih berada di dunia kekhilafan..betapa aku masih perlu menuntut ilmu..betapa ilmu yang ada padaku sekarang umpama sebesar zarah dengan besarnya bumi..atau lebih kecil dari saiz zarah itu.. Astaghfirullahal'azim..sudah cukup lama aku terleka dengan tipudaya syaitan yang dilaknat..sesungguhnya tipudaya syaitan itu amatlah halus..Nauzubillahminzalik..

Benar kata Hilal Asyraf tentang hendak berjihad di jalan Allah ni tidak cukup hanya setakat semangat..Yurp..semangatku mungkin kuat tetapi imanku belum cukup kuat..dan benar, aku amat cemburu dengan mereka2 yang terpilih untuk mengikuti konvoi LL4Gaza ni..



Wednesday, May 26, 2010

Mana Maruah Dan Martabat Orang Melayu?!

     Maruah.. Seringkali kita mendengar sesiapa tak kira berapa umur mereka mengatakan bahawa maruah itu penting..maruah apa? Maruah diri, maruah keluarga, maruah agama, maruah bangsa.. Tapi apa yang mereka lakukan terhadap maruah yang kononnya mereka 'jaga' itu??

     Ya.. Mungkin mereka hanya menjaga maruah diri dan keluarga, tapi mana perginya maruah bangsa dan agama kita yakni melayu dan Islam?? Apa yang paling ketara sekali  ialah dunia hiburan *pelakon, penyanyi, pengarah* dalam dunia hiburan tiada makna maruah itu bilamana mereka-mereka ini telah melanggar peraturan yang ditetapkan dalam Islam..SECARA TERANG-TERANGAN..
  
     Dimanakah malu mereka?? Apa mereka sudah tiada rasa malu sampai sanggup mendedahkan mana-mana tubuh badan yang AMAT DIKETAHUI adalah AURAT.. mereka ini tidak ubah seperti mereka-mereka yang bukan Islam/kafir.. Atau mungkin boleh dikategorikan sebagai golongan munafik.. Tahu tapi buat-buat seperti orang yang tidak mengetahui apa-apa.. Rugi..Rugi..Rugi..

     Yang lebih menyedihkan ialah sesetengah mereka itu ada yang berkelakuan baik.. Perangai baik, sopan santun, pandai menjaga hati orang sekeliling, tidak biadap, hormat orang tua lebih-lebih lagi ibubapanya dan sebagainya.. Tapi kenapa tidak ikut perintah Allah SWT dengan baik?? Alangkah ruginya.. mempunyai akhlak yang baik tapi melakukan maksiat atau 'dosa kilat'.. Apa sudah jadi??
*pergaulan bebas dengan yang bukan muhrim, bersentuhan dengan yang bukan muhrim[contohnya pelakon : sewenang-wenangnya berpelukan, berpegangan tangan, ada yang ekstrem tu sampai sanggup berlakon di katil..]*

     Anak siapakah mereka-mereka ini??

  

    

    

Tuesday, May 25, 2010

Kucing Yang Bermata Biru Langit


Salam..
Pagi tadi masa saya nak sidai kain, saya jumpa seekor kucing yg SANGAT COMEL..comel giler ar..besar plak tu..all white..kucing ni manja..tapi sayangnya saya tak berani sangat nak pegang kucing ni..ala kira ok dah ni.. kalau dulu, saya langsung tak berani dekat2 kucing..takut dia cakar..huhu..sekarang ni saya dah berani ckit..tu pun usap2 jek..kalau nak saya pegang/dukung tu, saya angkat bendera putih la..serender..haha..

Nanti ada masa saya upload gambar kucing tu k..saya sempat ambik gambar dia..mata dia biru macam kaler langit..bulu putih..ekor panjang..bulu dia lebat tau..dan yang penting kucing ni bukan kucing biasa..kucing ni kucing ala2 parsi..ye la kot sebab saya tak la pakar sangat nak tahu jenis2 kucing ni..

Kucing ni mula2 macam nak stay jek kat cni..*saya suka sangat la kalau dia stay cni cuma takut tuan rumah ni jek tak izinkan..*..tapi lepas saya selesai sidai kain baju tu, kucing ni pun pergi..huhu..dia tau kot yg saya ni berbelah bagi nak bela dia..tapi rasanya dia ni kepunyaan seseorang..sebabnya kucing ni sihat walafiat, bulu dia seperti terjaga*tak macam kucing yg terbiar*, dan dia jinak2 manja..so ertinya dia ni memang ada tuan la kan..huhu..sebab tu la saya biarkan jek dia pergi tadi..walau saya tak tahu dia pergi mana..harap2 dia tahu jalan balik ke rumah tuan dia..sebab saya tak sanggup nak bayangkan jika kucing yg comel lagi gebu ni di ambil orang yang tak tahu menghargainya..

teringat2 mata kucing tu lagi..biru langit..antara kaler kegemaran saya..
Alhamdulillah..walau kehadiran kucing tu cuma seketika namun sudah cukup untuk memberi saya kepuasan serta menghilangkan sedikit tekanan..

Allah Maha Mengetahui..
Allah telah menghantar kucing ini untuk saya menghilangkan sedikit tekanan itu..Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..Semoga ada hikmah di sebalik pertemuan saya dengan kucing tadi..Amin..

Pelik lagi Bengong






Salam  sume..^_^..
aku pelik la ngan sorang 'minah' nih..eh! wait..wait..bukan sorang tapi RAMAI..^_^..
Jap erk..nak loading jalan cita lam imaginasi ni jap....Orait..loading setel..aku mulakan ngan salam dan mohon maaf kepada sesapa yg terasa ngan artikel aku kali nih k..[macam la ada orang nak buka blog die kn..perasan tol die nih..]

Orait..aku baru pas men ngan anak akak aku tadi[malam]..pastu kami makan kacang kuda..[bagi sesapa yg xtau apa kacang kuda tuh, maaf la erk,x dapat den nak nolong k]..ngan berselera kami makan nih..sambil2 2 aku baca la majalah yg kebetulan ada atas meja tempat kami menjamu selera tu..1 majalah yg bertemakan Islam yg sememangnya terkenal di seluruh malaysia..[maaf le aku terpaksa rahsiakan nama majalah tu demi menjaga ketenteraman aku..^_^..skema tol..O_O]

Selak punya selak..baca punya baca..belek punya belek..dengan izin Allah SWT aku terbaca tentang 1 artikel yg berkenaan tentang kejayaan sorang muslimah..memang bez la baca die punya kejayaan tu..bangga pun ada..ye la coz ada sedara seIslam yg berjaya..harap2 berjaya didunia dan akhirat hendaknya,amin..tengah mata nih sebok ke kiri ke kanan..dah membaca penulisan bahasa melayu..len la lau penulisan cina zaman purbakala..dari atas ke bawah..[erk..betul ke..??..*_*kebengongan..]



Tetiba..
..
...
jeng..jang..jong..
..
...
tengah bacaan dh nak abeh tu, mata aku  nih gatal pulak menelek tuan punya badan['minah' yg dimaksudkan lam artikel tu la..]..gambar dia ada sebelah artikel tu..aku perhatikan la..ye la, nak juga perhatikan gaya seorang muslimah yg berjaya nih..then, spontan aku menggelengkan kepala sambil beristighfar..
Nak tau apa ke jadahnya aku menggelengkan kepala[yg pasti bukan nak ikot rentak lagu 'angguk2 geleng2' erk..O_O]..lau nak tau, teruskan la membaca..

[Orait sambung cita plez..cita dah tersasar cket dh nih..*_*]
sempat lagi nak merepek ntah pape..
ada ku kesah..



Bila lihat sekali imbas memang 'minah' nih ada ciri2 muslimah berjaya dunia akhirat...[Wallahua'lam]..TAPI..bila dilihat ngan terperinci..[aku siap guna mikroskop lagi tadi tau..semangat nak tau betol ke tak apa yg aku tengok tu..]..#_#..
Perghhh...!!
'minah' nih biaq betol..ha! ayat tu la yg timbul lam ruang pemikiran ku..spontan..
aku 'list'kn la erk..senang korang nak faham apa yg wat aku menggelengkan kepala ku yg jarang digelengkan nih dan yg wat aku beristighfar tentunya..

:: Kening die..perghh..halus siot..hasil dari cukur or cabut, aku x pasti tapi yg pasti die dah mengubah rupa asal kening die..[walau aku dulu pn penah wat cenggitu..tu zaman kekhilafan aku la..toksah jadikan isu plak..dah jadi tinggalan sejarah dh..#_#..pokus kat'minah' nih jek k..]

:: Area jari plak..perghh..nih lagi la menyedihkan..jari telunjuk kedua2 tangan die terhiasnya cincin yg bagaikan emas+berlian..tulen ke bukan, tu aku tak dapat nak pastikan plak coz aku bukan pakar lam hal membezakan benda2 mewah nih..
setahu aku la kan..itu adalah gaya dan cara kaum yahudi..dan aku teringat tentang 1 hadith ni..maafkan aku coz aku tak ingat siapa yg meriwayatkan hadith nih..tapi yg pasti tentunya dari hadith yg sahih..dan betulkan lau aku tersilap..ngan muka penuh harapan utk ditegur mana2 yg tersilap dan tolong tambahkan mana2 yg perlu ditambah..
Rasulullah s.a.w melarang kita sebagai umat Islam mengikut gaya dan cara hidup kaum yahudi nih..yg antaranya adalah memakai cincin di jari telunjuk..Wallahua'lam..

:: Dan..mekap die tebal giler ar.. Erk..?? tu pun dikira salah ke?? x pasti sangat tentang hal nih..yg pasti aku kena + ilmu lagi..^_^..

Ha..tu la musababnya aku menggelengkan kepala dan terus beristighfar..[asyik2 ayat nih juga aku taip..huhu..#_#]

Baik..mari kita fikirkan secara terperinci lagi tentang statement aku nih..napa majalah tu memilih 'minah' tu untuk dijadikan contoh buat pembaca yg aku gerenti kebanyakannya adalah dari kalangan perempuan..dan hasil kajian di makmal siasatan ku..[cewah..siap berangan ada makmal kunun..haha..]..majoriti pembaca majalah nih adalah dari kalangan perempuan yg masih naif tentang cara muslimah sejati berpakaian..89% kajian nih bole dipercayai k..coz aku melihat dari sudut respon dari pembaca majalah tersebut..

Kemudian dari sudut penyampaian plak..'minah' nih dilabelkan sebagai 'muslimah berjaya'..pokus kat MUSLIMAH k.. Apa kata korang tentang muslimah nih..gerenti korang terbayang seorang wanita Islam yg solehah bukan..?? betulkan aku lau ada tersilap.. So..apa ke jadahnya diorang labelkan 'muslimah celup' nih sebagai muslimah contoh..Ufhh..!! MUSLIMAH CONTOH??? bengong tol aku ngan majalah tu..

Malas dah rasanya nak berhujah panjang lebar..macam la dah layak utk berhujah..

K la para pembaca sume..sampai cni jek erk statement aku..x larat nak bersengkang mata lagi dah..[coz skang nih jam menunjukkan 01:40 am..huhu..]

Semoga diri ini mendapat pengajaran dan iktibar dari kesilapan hamba Allah yg menjadi mangsa pemerhatian ku..utk tujuan muhasabah k..insaf..{copypaste 'insaf' nih dari kazen aku c syafi'e spuan..^_^..boh manas pok..cam la die nak bace statement aku ni kn..kn..kn..*_*}

Semoga kita sume mendapat keredhaan Allah SWT..
Amin..
nak tido lu..salam..